Saturday 30 May 2009

"Fikirkan Sejenak."

"Pejuang Kami."

"Kalah tidak bermakna mengalah. Mengalah bukan juga bererti kalah.. Namun, begitulah semangat anak melayu yang bermaruah ketika berjuang, mereka tidak akan berundur selagi hayat dikandung badan. Tetapi harus kau ingat! Jangan sekali-kali mendabek dada kerana langit tak selalunya indah, awan juga tak selalunya cerah. Walaupun kilat sabung menyabung, biar berdentum guruh dilangit, belum tentu hujan mahu turun. Tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil andai mentari yang terbenam pada hari ini, terbit lagi di esok hari. Mana mungkin tidak..! Sedangkan langit lagi dijunjung, nyata bumi ku pijak jua..!! Laungan 1 suara memartabatkan kemerdekaan. Selagi rukun direncanakan. Resah hadir kuburan jua. Pasrah mungkin tiada gesaan... Namun serahan pada yang SATU. Tetapi janganlah kau anggap setiap perjuangan kami mengharapkan kemenangan semata-mata. Hanya yang dicari dalam setiap langkah perjuangan ini, hanyalah keikhlasan dalam kehidupan bermaruah dan berwaktu.. Kami redha seandainya tewas sebagai seorang pejuang yang bermaruah..!!!"

Kami ;
Anak Kampung Setia fc.
Batu 18 1/4, Kg. Setia Kuang,
48050, Rawang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

"Kalah bukan bermakna mengalah."

Pasukan Anak Kampung Setia fc (AKSfc), akan berdepan dengan cabaran yang pertama kami pada musim ini, iaitu Liga Sukan Komuniti (Peringkat DUN Kuang) untuk musim 2009, bagi merebut Piala Y.B ADUN Kuang (Piala Yang Berhormat En. Shukur b. Hj. Idrus), yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. AKSfc yang turut memberi saingan pada kejohanan itu, akan memulakan saingan pertama kami, pada 6hb. Jun ini (Sabtu), di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang, jam 5.00 petang.

Justeru itu, dua perlawanan persahabatan telah dibuat sebagai langkah persediaan sebelum bermulanya perlawanan kami yang pertama nanti. Walaupun pada perlawanan persahabatan yang pertama tewas kami ketika menentang salah satu pasukan yang memang dijangka diantara pasukan yang hebat pada kejohanan itu iaitu pasukan Kelab Sukan Komuniti Kuang fc (KS2Kfc) dengan keputusan jaringan 0-2. Perlawanan tersebut telah berlangsung di padang Taman Majlis Perbandaran Selayang (Taman Layang-layang), jam 9.00 malam.

Namun dengan kekalahan itu, tidak bermakna telah melunturkan semangat pemain-pemain, malah kekalahan tersebut telah memberi semangat baru bagi berusaha lebih gigih lagi agar memperbaiki mutu permainan kami masing-masing, sekaligus dapat membentuk sebuah pasukan mantap, hebat, bermaruah, dihormati dan disegani. Pada perlawanan persahabatan kedua pula, AKSfc telah berjaya menewaskan pasukan Bandar Baru Kundang fc (BBKfc) di Padang Sekolah Menengah Sri Kundang, dengan jaringan 4-3.

Senarai nama penjaring pada perlawanan persahabatan kedua menentang BBKfc.

  1. Mohd. Nizam b. Ismail - 2 jaringan.
  2. Mohd. Faizal b. Ismail - 1 jaringan.
  3. Mohd. Juyong - 1 jaringan.

Walaubagaimanapun, setiap pemain diharapkan terus berusaha, bagi meningkatkan stamina dan daya tahan masing-masing, baik dari segi mental mahupun fizikal. Selain dapat mempamerkan corak permainan berkualiti dan penuh semangat kesukanan, pemain-pemain juga diharap agar lebih berdisiplin serta komitmen sebagai satu pasukan bagi kita sama-sama membentuk sebuah pasukan yang mempunyai persefahaman yang tinggi dikalangan pemain-pemain selain mencari kemenangan dalam sesebuah kejohanan yang disertai.

Berikut adalah jadual perlawanan AKSfc pada saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Liga Sukan Komuniti 2009 :

  1. AKSfc menentang Pasukan Sg. Serai fc.
  • Tarikh : 6hb Jun 2009. (Sabtu)
  • Masa : 5 petang.
  • Padang : Sekolah Menengah Sri Kundang.

2. AKSfc menentang Pasukan Kg. Permata fc.

  • Tarikh : 14hb Jun 2009. (Sabtu)
  • Masa : 5 petang.
  • Padang : Sekolah Menengah Kundang.

3. AKSfc menentang Pasukan Pinggiran Ladang Baru fc.

  • Tarikh : 21hb Jun 2009. (Ahad)
  • Masa : 3 petang.
  • Padang : Sekolah Menengah Kundang.

"Semoga Berjaya.. Majulah Sukan Untuk Negara..!"


Friday 8 May 2009

Majlis Penyerahan Jersi A.K.Sfc.

7 Mei - Telah berlangsung majlis penyerahan jersi pasukan "Anak Kampung Setia" (A.K.Sfc) yang telah diadakan di Bangunan Anjung Bestari Kg. Setia. Majlis penyerahan itu telah disampaikan sendiri oleh Pengurus kami iaitu Tuan Isa b. Hj. Mohd Yunus. Majlis yang berlangsung secara ringkas dan alakadar itu tetap meriah, selain dihadiri oleh barisan pemain-pemain pasukan A.K.Sfc, turut hadir sama pada malam itu, Ketua Kelab Penyokong Kg. Setia iaitu Tuan Hj. Mokhtaruddin b. Hj. Mohd. Yunus.