Saturday 30 May 2009

"Kalah bukan bermakna mengalah."

Pasukan Anak Kampung Setia fc (AKSfc), akan berdepan dengan cabaran yang pertama kami pada musim ini, iaitu Liga Sukan Komuniti (Peringkat DUN Kuang) untuk musim 2009, bagi merebut Piala Y.B ADUN Kuang (Piala Yang Berhormat En. Shukur b. Hj. Idrus), yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. AKSfc yang turut memberi saingan pada kejohanan itu, akan memulakan saingan pertama kami, pada 6hb. Jun ini (Sabtu), di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang, jam 5.00 petang.

Justeru itu, dua perlawanan persahabatan telah dibuat sebagai langkah persediaan sebelum bermulanya perlawanan kami yang pertama nanti. Walaupun pada perlawanan persahabatan yang pertama tewas kami ketika menentang salah satu pasukan yang memang dijangka diantara pasukan yang hebat pada kejohanan itu iaitu pasukan Kelab Sukan Komuniti Kuang fc (KS2Kfc) dengan keputusan jaringan 0-2. Perlawanan tersebut telah berlangsung di padang Taman Majlis Perbandaran Selayang (Taman Layang-layang), jam 9.00 malam.

Namun dengan kekalahan itu, tidak bermakna telah melunturkan semangat pemain-pemain, malah kekalahan tersebut telah memberi semangat baru bagi berusaha lebih gigih lagi agar memperbaiki mutu permainan kami masing-masing, sekaligus dapat membentuk sebuah pasukan mantap, hebat, bermaruah, dihormati dan disegani. Pada perlawanan persahabatan kedua pula, AKSfc telah berjaya menewaskan pasukan Bandar Baru Kundang fc (BBKfc) di Padang Sekolah Menengah Sri Kundang, dengan jaringan 4-3.

Senarai nama penjaring pada perlawanan persahabatan kedua menentang BBKfc.

  1. Mohd. Nizam b. Ismail - 2 jaringan.
  2. Mohd. Faizal b. Ismail - 1 jaringan.
  3. Mohd. Juyong - 1 jaringan.

Walaubagaimanapun, setiap pemain diharapkan terus berusaha, bagi meningkatkan stamina dan daya tahan masing-masing, baik dari segi mental mahupun fizikal. Selain dapat mempamerkan corak permainan berkualiti dan penuh semangat kesukanan, pemain-pemain juga diharap agar lebih berdisiplin serta komitmen sebagai satu pasukan bagi kita sama-sama membentuk sebuah pasukan yang mempunyai persefahaman yang tinggi dikalangan pemain-pemain selain mencari kemenangan dalam sesebuah kejohanan yang disertai.

Berikut adalah jadual perlawanan AKSfc pada saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Liga Sukan Komuniti 2009 :

  1. AKSfc menentang Pasukan Sg. Serai fc.
  • Tarikh : 6hb Jun 2009. (Sabtu)
  • Masa : 5 petang.
  • Padang : Sekolah Menengah Sri Kundang.

2. AKSfc menentang Pasukan Kg. Permata fc.

  • Tarikh : 14hb Jun 2009. (Sabtu)
  • Masa : 5 petang.
  • Padang : Sekolah Menengah Kundang.

3. AKSfc menentang Pasukan Pinggiran Ladang Baru fc.

  • Tarikh : 21hb Jun 2009. (Ahad)
  • Masa : 3 petang.
  • Padang : Sekolah Menengah Kundang.

"Semoga Berjaya.. Majulah Sukan Untuk Negara..!"


0 comments:

Post a Comment