Monday 29 June 2009

AKSfc kecundang di peringkat suku akhir.




Kalah 2 - 5 menentang Rastana fc. (Bukan Awana fc)
Maka berakhirlah saingan AKSfc pada Kejohanan Bolasepak Sukan Komuniti peringkat DUN Kuang (N.13), Piala Y.B Abdul Shukur b. Hj. Idrus. AKSfc yang pada mulanya dijadualkan bersaing pada peringkat suku akhir pada hari Ahad (30hb Jun 2009) walaubagaimanapun membuat permohonan kepada pihak penganjur agar ditukar pada hari Sabtu (29hb. Jun 2009) kerana beberapa sebab teknikal dan permohonan itu dipersetujui.



AKSfc yang ketinggalan pada babak separuh masa pertama dengan jaringan 1-2 hasil dari sepakan percuma yang tendangan pemain muda AKSfc iaitu Mohd. Fahmi Ismail walaubagaimanapun dapat menyamakan kedudukan 2-2 sama hasil sepakan leret pemain tengah AKSfc iaitu Mohd. Faizal Ismail. Selang beberapa minit AKSfc ketinggalan semula bolos untuk jaringan ketiga Rastana fc. AKSfc bertambah tertekan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan, Mohd. Salimi dibuang padang kerana mengeluarkan perkataan "kesat" didalam padang. Dikesempatan itu, Rastana fc berjaya menambah dua biji gol lagi sebelum pengadil meniup wisel penamat. Rastana berjaya ke peringkat separuh akhir dengan keputusan kemenangan 2-5 ke atas AKSfc.

Thursday 25 June 2009

AKSfc layak ke peringkat suku akhir.

AKSfc yang menang tanpa protest keatas pasukan Ladang Baru fc kerana melanggar syarat penyertaan, dimana hampir kesemua pemain-pemain pasukan Ladang Baru fc merupakan pemain-pemain dari Kg. Melayu Sg. Buloh kalah ditangan AKSfc pada 21hb. Jun lalu dengan jaringan 2-0. Maka dengan kemenangan tersebut, AKSfc berjaya melayakkan pasukan mereka ke peringkat suku akhir yang dijadualkan akan berdepan dengan salah satu pasukan pilihan iaitu Pasukan Awana fc.

Jaringan pertama AKSfc telah dijaringkan oleh pemain pertahanan kiri iaitu Mohd. Fahmi Ismail pada minit ke 15 diseparuh masa pertama. Jaringan kedua AKSfc telah disempurnakan oleh pemain tengah iaitu Khairul atau lebih dikenali dengan nama Ayoi, hasil daripada sepakan penalti dimana pemain penyerang Mohd. Ridzuan Bakar telah dijatuhkan didalam kotak penalti. AKSfc akan dijadualkan menentang Awana fc pada 27hb. Jun 2009 ini, dipadang Sekolah Menengah Sri Kundang jam 3.00 petang.

Saturday 13 June 2009

AKSfc kalah di tempat sendiri.


AKSfc VS Permatafc, dengan keputusan jaringan 1-2.

Perlawanan kedua AKSfc yang dijadualkan menentang Permatafc, berkeputusan yang mengecewakan dimana AKSfc kecundang ditempat sendiri dengan jaringan 1-2. AKSfc yang menguasai perlawanan keseluruhannya terpaksa akur dengan kekalahan ini.

Walaubagaimanapun, pada babak separuh masa pertama AKSfc yang ketinggalan 1-0 bangkit pada separuh masa kedua hasil rembatan kaki kanan pemain import AKSfc yang hanya biasa dengan nama Onet. Hasil daripada jaringan itu, coraak permainan bertukar semakin rancak dan AKSfc sering melakukan serangan yang bertubi-tubi ke gawang lawan. Akibat dari kerancakan itu, hasil dari sepakan percuma Permatafc telah membuahkan hasil dimana pemain tengah AKSfc iaitu Mohd. Fadly Suhaimi tertanduk bola ke gawang sendiri dan menghasilkan gol yang kedua untuk pasukan Permatafc.

Dengan kekalahan itu, AKSfc masih berpeluang untuk ke peringkat suku akhir apabila AKSfc akan berdepan Pasukan Ladang Baru fc pada perlawanan terakhir nanti di peringkat kumpulan pada 21hb Jun ini jam 3.00 petang. Walaubagaimanapun pihak pengurusan AKSfc akan menghantar permohonan bagi mengubah lokasi padang yang mana telah dijadualkan bermain di Padang Kg. Permata. Walauapapun keputusan dari pihak penganjur, para pemain diharap sentiasa bersedia sebelum menjelang perlawanan itu.

Thursday 11 June 2009

AKSfc akan menentang Permata fc ditempat sendiri.

Perlawanan menentang Permata fc bagi perlawanan kedua AKSfc yang pada awalnya yang dijadualkan pada 13hb Jun 09, dipinda pada 14hb Jun 09 atas permintaan kedua-dua pasukan sekali bertukar iaitu tetap pada tarikh yang sama tetapi lokasi padang telah diubah oleh pihak penganjur. Permata fc akan berkunjung ke padang Kg. Setia pada perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun para pemain-pemain AKSfc diharap tidak terlalu yakin dan memandang rendah kepada kemampuan pihak lawan dengan kelebihan bermain ditempat sendiri. Teruskan usaha yang gigih bagi membentuk sebuah pasukan berkualiti dan disegani.

Saturday 6 June 2009

Keputusan perlawanan pertama Liga Bolasepak Sukan Komuniti 2009. (AKSfc lwn Sg. Serai fc)



Satu Permulaan Yang Baik. Tahniah AKSfc!.


6hb. Jun - Tarikh yang di nanti-nanti telah pun tiba. Maka bermulalah saingan pertama pasukan Anak Kampung Setia fc atau lebih ringkas dengan singkatan nama AKSfc, telah berlangsung seperti yang telah dijadualkan dengan memperoleh keputusan yang agak membanggakan bagi pasukan ini, dimana AKSfc telah berjaya menewaskan Pasukan Sg. Serai fc dengan jaringan 4-0.

Walaubagaimanapun, akibat terlalu ghairah mencari gol pada babak separuh masa pertama, AKSfc hanya mampu memperolehi satu gol sahaja, hasil jaringan rembatan kaki kanan pemain sayap kiri AKSfc iaitu Mohd. Faizal b. Ismail. Manakala 3 gol lagi telah berjaya dihasilkan pada separuh masa kedua iaitu dua jaringan dari pemain muda penyerang AKSfc iaitu Amirul Shafiq Husin dan satu gol lagi telah berjaya dihasilkan oleh pemain tengah AKSfc iaitu Mohd. Ridzuan Bakar.

Dengan kehadiran semua para pemain-pemain yang telah dipilih untuk musim ini dan majoriti penonton yang hadir dikuasai oleh penyokong Kg. Setia, juga turut menaikkan semangat pemain-pemain AKSfc untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan untuk musim ini. Insya'Allah..

Apapun, para pemain dinasihatkan agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai keputusan yang sama pada perlawanan kedua nanti pada 14hb. Jun ini. AKSfc telah dijadualkan akan menentang Pasukan Kg. Permata fc pada tarikh tersebut, juga di Padang Sekolah Menengah Sri Kundang jam 5.00 petang.