Saturday 6 June 2009

Keputusan perlawanan pertama Liga Bolasepak Sukan Komuniti 2009. (AKSfc lwn Sg. Serai fc)



Satu Permulaan Yang Baik. Tahniah AKSfc!.


6hb. Jun - Tarikh yang di nanti-nanti telah pun tiba. Maka bermulalah saingan pertama pasukan Anak Kampung Setia fc atau lebih ringkas dengan singkatan nama AKSfc, telah berlangsung seperti yang telah dijadualkan dengan memperoleh keputusan yang agak membanggakan bagi pasukan ini, dimana AKSfc telah berjaya menewaskan Pasukan Sg. Serai fc dengan jaringan 4-0.

Walaubagaimanapun, akibat terlalu ghairah mencari gol pada babak separuh masa pertama, AKSfc hanya mampu memperolehi satu gol sahaja, hasil jaringan rembatan kaki kanan pemain sayap kiri AKSfc iaitu Mohd. Faizal b. Ismail. Manakala 3 gol lagi telah berjaya dihasilkan pada separuh masa kedua iaitu dua jaringan dari pemain muda penyerang AKSfc iaitu Amirul Shafiq Husin dan satu gol lagi telah berjaya dihasilkan oleh pemain tengah AKSfc iaitu Mohd. Ridzuan Bakar.

Dengan kehadiran semua para pemain-pemain yang telah dipilih untuk musim ini dan majoriti penonton yang hadir dikuasai oleh penyokong Kg. Setia, juga turut menaikkan semangat pemain-pemain AKSfc untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan untuk musim ini. Insya'Allah..

Apapun, para pemain dinasihatkan agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai keputusan yang sama pada perlawanan kedua nanti pada 14hb. Jun ini. AKSfc telah dijadualkan akan menentang Pasukan Kg. Permata fc pada tarikh tersebut, juga di Padang Sekolah Menengah Sri Kundang jam 5.00 petang.

0 comments:

Post a Comment